Selepas Johor dan Kelantan, hari ini giliran Kuala Lumpur mengharamkan penjualan vape.

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ibrahim Yusoff, berkata pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang lesen bagi penjualam vape.

Katanya, setakat ini, DBKL menerima hanya satu permohonan untuk lesen jualan vape dan telah menolak permohonan itu.

“Kita tidak keluar lesen lagi...Vape ini baru, setakat ini saya tengok satu permohonan sahaja.

“Saya juga telah meminta semua kedai runcit untuk tidak menjual vape, kita nasihatkan mereka supaya keluarkan vape,” Ibrahim kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

SUMBER
 
Top