Berita terkini punca kenapa Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 November 2015. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.



Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015

Nama Sebenar:Yusryy Edoo

Nama Popular:Yus Jambu atau Pak Yus

Umur:39 Tahun

Tarikh Lahir:15 Mac 1976

Status:Bujang Belum Berkahwin

Pekerjaan:Pelawak dan Pelakon

Asal:Kangar Perlis

Punca Kematian:Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas

Masa Kematian:12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang

Laman Instagram:www.instagram.com/yus_jambu76

Tagline:Boleh Tuju Lagu kicap ada kicap, Yaya Toure manchester city, apa pun tak boleh, kokdiang, Muka lejen hati cute

Filem Popular:Hantu Bungkus Ikat Tepi

Kejayaan:Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.



Punca Sebenar Kematian Pak Yus Jambu 30 November 2015

Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia

Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.





Pak Yus Jambu Meninggal Selepas Menjayakan Program Raja Band

Menyayat hati apabila Program Raja Band yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam 29 November 2015 adalah event terakhir buat arwah Yus Jambu. Untuk info, Yus Jambu meninggal dunia sebaik sahaja selesai menjayakan program Raja Band pada lewat malam Ahad 29 November 2015.



Pengumuman Rasmi Yus Jambu Disahkan Meninggal Dunia 30.11.2015

Afdlin Shauki dan Jihan Muse turut memaklumkan bahawa Allahyarham Yus Jambu telah menghadap Ilahi.




Status Terakhir Allayarham Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia

Sehari sebelum meninggal dunia, Pak Yus sempat mengucapkan Al-Fatihah kepada Raja Muda Kedah menerusi laman Instagram miliknya.



Gambar Jenazah Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30 November 2015






Gambar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015

Beberapa keping foto menyaksikan pemergian Yus Jambu turut dihadiri oleh rakan artis di Hospital Selayang.








Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarham Yus Jambu 30.11.2015

Allahyarham Pak Yus Jambu telah selamat disemadikan di kampung halamannya di Kangar Perlis selepas selesai solat Zohor. Sebelum itu, jenazah Yus Jambu sempat dimandikan dan disembayangkan di Masjid Nurul Iman, Bintong, Kangar.








Foto Kenangan Pak Yus Bersama Kumpulan Jambu





 
Top