Foto terakhir 2 jam sebelum Pak Yus pergi dijemput ilahi, foto ini di kongsi oleh peminat Allahyarham semasa bersama-sama Pak Yus di Program Raja Band di Dataran Merdeka malam tadi.
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.









“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Jenazah Allahyarham Pak Yus akan dimandikan. kafan dan solat di Hospital Selayang sebelum dibawa pulang ke negeri kelahiran nya Perlis untuk di semadikan.

Sumber: Instagram Tauke Jambu , Jihan Muse
 
Top