25 November 2015, jam 2 petang, saya telah pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kamunting, Perak untuk membuat kad ATM BSN yang baru kerana kad ATM yang sebelum ini telah sangkut di dalam mesin ATM BSN Cawangan Kamunting pada 24 November 2015 jam 9 malam.
Saya telah bertemu dengan polis bantuan, Syazwan, memberitahunya bahawa kad ATM saya telah tersangkut dalam mesin ATM dan ingin membuat kad ATM yang baru. Namun buku bank saya tiada disebabkan saya dari Klang balik ke Taiping untuk menziarah ibu saya yang sakit.
Syazwan telah membawa saya berjumpa dengan Encik Mohd Iesniza Zainuddin (No ID: 02957), Pengurus BSN Cawangan Kamunting dan telah memaklumkan kepadanya mengenai masalah yang saya hadapi. Saya meminta jasa baik Encik Iesniza bahawa buku bank saya tiada kerana saya balik pun untuk menziarah ibu yang sakit di kampung.
Dengan nada suara yang tinggi, dia memberitahu bahawa kerana kad saya tersangkut, dia menghadapi masalah dengan orang atasannya yang mana mesin ATM BSN jadi lebihan duit di dalam.
Saya jelaskan kepadannya yang saya tidak minta pun perkara itu terjadi. Sekali lagi saya memberitahunya yang saya mahu membuat kad ATM yang baru namun tidak membawa buku akaun bank kerana telah hilang.
Lalu dia menyuruh saya membuat salinan Kad Pengenalan di kedai fotostat di luar dan menyatakan mesin fotostat BSN tidak boleh digunakan untuk pelanggan.
Selepas berbuat demikian, saya kembali ke BSN dan mengambil nombor giliran. Tiba nombor giliran, saya menuju ke Kaunter 4, yang dilayani oleh pegawainya, Norzaimah bint Mat Noor (No ID: 03497).
Lalu Encik Iesniza datang dan dengan nada yang tinggi serta kurang ajar memberitahu saya bahawa kad ATM berwarna hitam diakui cipnya tidak pernah rosak dan sangkut di dalam mesin ATM. Katanya saya tidak pandai menggunakan kad ATM BSN dan tidak pandai menjaganya.
Saya memberitahunya bahawa kad ATM BSN selalu mengalami kerosakkan cip dan saya telah banyak kali menukarnya dari warna merah ke hitam, namun masih menghadapi masalah yang sama.
Pada ketika itu, perbualan kami itu disampuk oleh pelanggan lain yang kebetulan datang untuk membuat kad baru (berwarna hitam) turut mengatakan masalah yang sama.
Saya membuat aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan Encik Iesniza, Pengurus Cawangan BSN Kamunting kerana bercakap kurang ajar dan secara tidak langsung membuatkan saya malu di hadapan pelanggan BSN yang lain pada hari itu.
Menurut beberapa 'orang' di situ, Encik Iesniza sudah kerap kali dia memarahi orang (pelanggan), namun tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya. Saya tidak mahu orang kampung dan orang lain diberikan layanan yang buruk seperti ini, saya mohon pihak Ibu Pejabat BSN ambil tindakan terhadap Encik Iesniza yang tiada budi bahasa dan sombong