Semenjak viralnya berita kehamilan penyanyi kesayangan negara ini, Dato Siti tidak henti menerima ucapan tahniah dan doa-doa dari peminatnya seluruh asia.

Setiap gerak laku Dato' Siti kini lebih dinanti-nanti oleh peminat kerana ingin mengetahui perkembangan kandungan serta kesihatan Dato Siti sendiri.

Namun, Dato' Siti masih lagi belum memberikan apa-apa komen tentang kehamilannya walaupun berita usia kandungannya itu sudah tersebar luas.

Terbaru, melalui aplikasi 'repost' di dalam media sosial instagram, Dato' Siti memuatnaik sebuah video lama dia sedang memberi kata-kata semangat kepada stokis serta agen produk kecantikannya 'SimplySiti'.

Tapi yang menjadi pertelagahan adalah bagaimana Dato' Siti menyembunyikan baby bumpnya.

A video posted by Nur Danish Azhar (@nurdanishazhar21) on
Tanpa membaca kapsen, sudah tentu peminat teruja dengan video ini. Sabar ye peminat semua, ini adalah video lama.

Apa pun, kami doakan yang terbaik untuk Dato' Siti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kami sayang Dato' Siti!!!

 
Top