Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara , yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.
Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.
Jumlah kehadiran: BERNAMA dan akhbar arus perdana menyatakan 80,000 yang hadir.
Ulasan GB
Kan dah betul GB kata dulu di SINI, petikan:
“Bagi mereka yang mengikut perkembangan berita-berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA mengenai kehadiran orangramai terhadap acara-acara yang duisertai Pakatan Rakyat biasanya akan disusutkan dengan membahagikan angka itu dengan 10, iaitu jika yang hadir 200,000 maka dikhabarkan hanya 20,000 dan jika yang hadir di dalam mana-mana program anjuran PR seperti ceramah itu mencecah 50,000 maka ditulisnya 5,000. Jika 3000 maka ditulisnya hanya 300 orang.
Contoh semasa perhimpunan BERSIH 1.0 dahulu, BERNAMA tanpa segan silu menyatakan kehadirannya cuma 4,000 orang!
Tetapi mana-mana program anjuran UMNO BN, maka angka sebenar akan didarabkan dengan 10. Misalnya jika kehadiran itu 8,000 ditulisnya 80,000. Di Gua Musang baru-baru ini, program Najib yang disertai 3,000 orang ditulisnya 30,000 dan apa juga program NGO yang sehaluan dengan UMNO BN seperti JATI juga demikian, 800 akan ditulisnya 8,000. Jika ada NGO sedemikian buat demo yang dihadiri 20 orang maka akan ditulisnya 200 orang.
Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. Sungguh bebal BERNAMA ini. Mengubah angka semata-mata nak “gah”kan UMNO BN…..”
memang media pencacai kaki spin sepertimana yang diakui oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia sendiri semalam: