Pasir Mas: Kematian Rosshida Abdullah, 30, yang secara tiba-tiba turut mengejutkan ahli keluarga terutama ibunya yang sejak Isnin lalu menanti kepulangan anak bongsunya itu.
Menurut Salamiah Hamid, 61, Rosshida sendiri memaklumkan kepadanya supaya menanti kepulangan dia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada Isnin.
“Arwah minta saya tunggu pada jam 10 malam kerana pesawatnya akan tiba pada jam itu dari Kuala Lumpur.

“Saya ke lapangan terbang dengan menaiki kereta sewa dari rumah, tetapi dia tidak juga kelihatan. Saya tunggu sampai jam 1 pagi sebelum nekad pulang selepas panggilan telefon tidak berjawab,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Repek, semalam.
Mayat Rosshida ditemui orang awam dalam belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti, Cyberjaya, semalam.
Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota serta beg tangan berwarna putih.
Sumber Info:Siti Nor Hidayatidayu Razali(node49183)
Khamis, 7 Mei 2015 @ 10:51 AM
=============================
Putrajaya: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya untuk membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat suspek yang juga tunang wanita itu mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan.
"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi di sini.
Suspek ditahan di sekitar Cyberjaya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang 10.30 pagi tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Mayat Rosshida Abdullah, 30 berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan ditemui orang awam di bawah jambatan berkenaan kira-kira 5 petang, semalam.
Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan kerana diburu along, serta beg tangan berwarna putih.
Sumber Info:Hayati Ibrahim (node 49269)
Khamis, 7 Mei 2015 @ 2:02 PM
Sumber Foto:
-Jimmy
-DiTw Parliment 2
-MTrCrew Telegram






 
Top