Melaka: Pergerakan Puteri UMNO menyangka dakwaan bahawa Yana mempunyai kaitan dengan pengendalian laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.

Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Dtuk Mas Ermieyati Samsudin. Berikutan dakwaan itu, belliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman kerkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka.

"Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa. "Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengandali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri. Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demimenyelasaikan isu itu.

"Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi 'orang dalam' juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya," katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri. Mahukan Keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa.
 
Top