Selepas mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengakui kini dirinya bebas untuk bersuara tentang masalah yang berlaku di pucuk pimpinan UMNO.

Mukhriz berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan demi kebaikan parti dalam menghadapi PRU14.

"Kita kena cakap mengenai hal-hal itu supaya parti kita lebih kuat.

"Sekarang kalau kita tanya pandangan ahli-ahli parti kita sendiri, kebanyakan berpendapat kalau tak ada pertukaran pada pucuk pimpinan, peluang untuk menang PRU14 semakin kelam," katanya sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang sebagaimana lapor Sinar Online.

Menjawab soalan adakah beliau akan mengikut jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohammad bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, Mukhriz berkata kini dirinya tidak lagi mempunyai jawatan dan dia bebas untuk bercakap apa sahaja.

Pagi tadi, Mukhriz mengumumkan perletakan jawatannya selepas didesak oleh beberapa pimpinan UMNO Kedah sebelum ini.

Dalam pada itu, ketibaan Mukriz di balai ketibaan dan disambut kira-kira 50 penyokong untuk memberikan semangat.

Pagi tadi, Mukriz mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas didesak oleh beberapa pimpinan Umno Negeri Kedah sebelum ini.

 
Top