“Alhamdulillah… Doa aku supaya Chong Wei kalah dimakbulkan Tuhan,"
Choong Wei sedih
KUALA LUMPUR – Saat jutaan rakyat Malaysia berkongsi rasa sedih berikutan kekalahan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di tangan pemain China, Chen Loong, ada segelintir warga internet (netizen) tanpa segan meraikan kekalahan tersebut.
Tinjauan di beberapa laman Facebook dan ruangan komen blog mendapati netizen pro pembangkang meraikan kegagalan Chong Wei meraih pingat emas itu mengaitkannya dengan politik kepartian dan menyalahkan pemimpin tertentu.
“Alhamdulillah… Doa aku supaya Chong Wei kalah dimakbulkan Tuhan. Pada Chong Wei..aku minta maaf banyak-banyak, bukan kerana aku tidak sukakan kamu tetapi aku amat benci UMNO.
“Jika Chong Wei menang emas, sudah pasti UMNO akan melompat kegembiraan dan lagi angkuh. Aku mahu UMNO ranap dan lenyap terus dari bumi Malaysia ini,” tulis seorang netizen yang menggunakan nama Mat Malaya di ruangan komen Facebook SiakapKeli.
Seorang lagi netizen, Habib Ali berkongsi pendapat hampir sama mengaitkan kekalahan Chong Wei sebagai badi dari UMNO.
“Betul juga tu. Mungkin ada kaitan. Selagi ada ameno (UMNO) selagi itu kesialan takkan pecah. Tengok masa beregu lelaki dapat match point. Dua kali service gagal. Memang nampak macam ada sial,” komennya penuh yakin.
Sebuah laman Facebook milik penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kegagalan Chong Wei memenangi pingat emas berpunca dari sokongan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.
“Antara faktor sebab Chong Wei kalah malam ni. Big mama suka campur tangan tentang cara patut LCW main badminton. Al fatihah,” tertera status bersama gambar Rosmah dan Lee Chong Wei di laman Facebook ‘Mahathir The Legend.
Laman tersebut bagimanapun tidak memberi sebarang ulasan berkaitan fakta kejayaan meraih 4 pingat Perak dan satu Gangsa pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 ini adalah yang terbaik berbanding pencapaian di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir.