Yatt Hamzah menjelaskan dirinya hampir terkorban di bumi Syria sewaktu menjalani misi bantuan

kemanusian baru-baru ini.Menurut Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, setelah

selesai memberi bantuan bersama suami, kawasan tersebut telah di bom 10 minit kemudian.ramai

rakyat Syria yang meninggal..al-fatihah



 “Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dahsyat berbanding

penduduk di Palestin.Banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.“Saya hanya berserah pada

 Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung

tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.“Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana,

saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,”

katanya seperti dipetik menerusi Portal Murai.Jelas Yatt lagi, rombongannya turut terkandas di

sempadan Syria-Turki selama 6 jam kerana pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan ketat

terhadapa sesiapa sahaja.“Cuaca di sempadan panas berbanding di Syria yang sejuk, selepas 6 jam

barulah pasukan kami dapat beredar bagaimanapun keesokkan harinya di tempat saya terkandas itu

telah di bom.“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini

berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua

pihak,” ujarnya mengakhiri bicara.
 
Top