Beberapa hari lalu telah dikejutkan dengan satu kemalangan yang telah mengorbankan pasangan suami isteri

yang baru berkahwin dan juga ibu mertuanya.



Mangsa yang terbunuh adalah Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital

Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat tempat yang

sama mereka bertugas serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52.


Hari ini isteri pertama mangsa telah mengemaskini status di dalam Facebooknya yang meminta kisah

ini tidak perlu lagi diviralkan dan beliau redha dengan apa yang terjadi.



Farah sebelum itu turut mengemaskini statusnya untuk memohon maaf bagi pihak arwah suaminya

yang telah pergi buat selama-lamanya dan memaklumkan bahawa beliau akan berpindah ke Kuantan

bersama keluarganya kerana tiada siapa lagi di Johor Bahru dan beliau amat merindui arwah

suaminya itu dan berjanji akan menjaga bayi yang bakal dilahirkan nanti hingga nafasnya yang

terakhir.



Salam takziah dan semoga Farah akan terus tabah demi anak dalam kandungan.



 
Top