Nampaknya masih tidak berhenti perdebatan di Instagram milik pelakon Nabila Huda. Terbaru, pelakon ini sendiri sempat berpesan kepada peminatnya agar bertenang dan berhenti bertekak sesama sendiri.

“Tak suka saya jangan follow. Simple. Dosa dan pahala kan ditentukan oleh Allah swt. Tak kisah la macamana jahat dan teruknya saya di mata anda, yang berhak nilai saya adalah dia,” antara kata-kata Nabila menjelaskan situasi di ruangan komen.



Jika dilihat daripada komen tersebut, Nabila juga menegaskan bahawa dia tidak memegang minuman keras sebaliknya ia dipegang oleh rakan-rakannya. Mungkin sudah lali dengan perkara tersebut, pelakon ini juga menyatakan dia sentiasa memaafkan mereka yang selalu menghentam dirinya. [Rotikaya]
 
Top