Assalamualaikum...
Entry post kali ni di cetuskan oleh kawan aku, yang memohon aku memberikan pendapat pasal masalah tudung Biarawati (nuns) ini. Dan sebelum itu lagi aku dah dapat banyak request untuk nyatakan pendirian aku pasal hal ni, sekarang aku akan bagi pendapat aku..
Zaman aku budak-budak dulu, kami tak aktif sangat dalam Friendster, Myspace dan Facebook pun belum wujud lagi, tapi masa tu dah adanya golongan manusia yang takde kerja duk spam-spam email pasal dakyah kristian la, mimpi imam pasal org yahudi la, kiamat, makanan ada katak dan babi dan macam-macam lagi.
Benda yang buatkan lagi best email ini adalah ianya Hybrid dengan surat berantai, lepas dah bagi maklumat mengarut, diorang tulis plak kat bawah bahawa wajib sebarkan kalau tak nanti nasib malang. Maka berbondong-bondonglah semua office worker dan Ustaz wannabe sebar-sebarkan walaupun dorang taktau fakta sebenar.
Setelah reda beberapa tahun lepas dengan Isu email berantai aka spam ni, datang pulak Musim FB, tiba-tiba.....TIBA-TIBA timbul balik semua cerita lapok dan basi tu di share di wall-wall fb, dan yang paling banyak share benda lapok/fakta tipu ni adalah budak yang baru habis sekolah, atau pakcik makcik yang baru berjinak-jinak dengan Fb dan internet.
Dengan Isu ikan keli haram makan najis, isu air holy water dan paderi gereja, suara yakjud dan makjud dari dalam lubang di Russia, isu Pakai tudung pin belakang nampak macam biarawati (nuns) kristian dan banyak lagi. Dan semua perkara ini berlaku kerana umat manusia makin ramai yang takut untuk berfikir secara common sense dan paling tidak berfikir dulu sejenak sebelum klik button share itu.
*****************************
Dalam satu kuliah Ustaz Azhar Idrus seorang pendengar kuliah tersebut bertanyakan soalan benarkah wanita tidak boleh menggunakan tudung berwarna hitam kerana menyerupai yahudi?
Berikut jawapan Ustaz Azhar :