Jika anda warga negara Sabah/Sarawak anda wajib baca dan share post ini, kerana posting ini adalah "perkara" penting untuk rujukan semua warga Sabah Sarawak tidak kira agama, suku, kaum dan etnik.
Seperti yang kita maklum generasi baru Sabah Sarawak sering berbangga dengan kod masing-masing. Iaitu 12 & 49 untuk negara Sabah, dan 13 & 52 untuk negara Sarawak seperti yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sabah/Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 12/49/13/52 itu bermakna anda anak jati Sabah Sarawak. Realitinya kod 12/13 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod "H" & "K".

Malahan kod '12' & '13' sebenarnya mengiktiraf bahawa Sabah adalah negeri yg ke-12 dan Sarawak negeri yg ke-13 di dalam Malaysia. Sedangkan status sebenar Sabah & Sarawak ialah Negara di dalam Malaysia sama seperti UK yang terdiri daripada 4 buah negara iaitu England, Scotland, Wales & Northen Ireland. Ini juga turut dijelaskan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri mengenai 'equal status Sabah Sarawak dengan Malaya' ketika dalam perbahasan parlimen 28 April 1962.

Berbalik pada info 'H' & 'K' tadi, Kod H & K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod H/K ini kelihatan kecil.

Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 12/49/13/52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod H atau K, maka anda bukanlah anak jati Sabah/Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H.

Dengan Kod H/K bermakna Sabah/Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi, bukan semua orang yang dilahirkan di Sabah/Sarawak diberi kod H/K. Kod H/K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sabah/Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sabah/Sarawak dan jika seseorang itu lahir d Sabah/sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang Sabah/sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod H/K.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak mengambil endah kod H/K tersebut, tetapi harus diingat kod H & K adalah harta paling bernilai di Sabah Sarawak. Tanpa kod K, anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak.

Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen.

Sekian terima kasih.

Negara Sabah: Malangnya, di Sabah sekarang ni warga pakistan yang langsung tidak tahu cakap bahasa Malaysia / Sabah pun sudah punya mykad yg ada tand 'H'...
 
Top